KSKJTM Logo KSKJTM-BSN PORTAL KSKJTM-BSN PORTAL
Login

Sukan Rakyat 2026


Sukan Rakyat 2026
Tue, 18 Aug 2026
PPBSN

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Teknologi Maklumat (KSKJTM) telah menganjurkan pertandingan sukan rakyat yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor. Pertandingan ini melibatkan rumah sukan dan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga jabatan serta memupuk semangat kesukanan dalam suasana santai dan penuh kebersamaan.

Pada 18 Ogos 2026, berlangsung pertandingan sukan rakyat kategori indoor. Antara permainan yang dipertandingkan ialah batu seremban, congkak, dart, dan sepak raga. Aktiviti ini berjaya menarik minat ramai peserta kerana ia bukan sahaja menyeronokkan, malah mengimbau kembali permainan tradisional yang semakin jarang dimainkan.

Sementara itu, pada 19 Ogos 2026, pertandingan sukan rakyat kategori outdoor pula diadakan. Antara permainan yang dipertandingkan ialah kelereng rem basikal, bowling kelapa, isi air dalam botol, kain batik berantai, dan tarik tali. Suasana pertandingan menjadi lebih meriah dengan sorakan penyokong rumah sukan masing-masing, menjadikan acara ini penuh dengan semangat kekeluargaan dan persaingan sihat.

Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan sukan rakyat oleh KSKJTM ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia bukan sahaja menghidupkan kembali permainan tradisional, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan dalam suasana yang penuh kegembiraan.

Created date: 12 Sep 2026 10:41
Updated date: 03 Nov 2026 05:05

Related Videos
Sukan Rakyat 2026 - Indoor Games
Sukan Rakyat 2026 - Indoor Games
Sukan Rakyat 2026 - Outdoor Games
Sukan Rakyat 2026 - Outdoor Games
View All Videos
Comments 0
Log in to leave a comment.

No comments yet. Be the first to comment!